by nuffnang

my followers

Selasa, 22 Mac 2011

NIKAH DI MASJID AMALAN KRISTIAN DAN YAHUDI?

beberapa hari yang lepas, Dato ahmad jusoh yang merupakan majlis fatwa Perlis ada menyatakan bahawa pernikahan di masjid merupakan amalan kristian dan meniru yahudi..Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka...kenyatan yang dikeluarkan oleh Dato Ahmad Jusoh menjadi persoalan oleh kebanyakkan pihak..walaubagaimanapun, kenyataan yang di keluarkan oleh beliau dikatakan bersifat pandangan peribadi sahaja.. malah, mufti Kedah, Perak dan Perlis menjelaskan bahawa taiada larangan untuk bernikah di masjid kerana masjidlah merupakan tempat yang paling suci di muka bumi...namun apa yang bercanggah di dalam islam apabila menjadikan masjid sebagai tempat pemujaan dan meletakkan gambar2 serta lilin seperti amalan kristian...selain itu ape yang dilarang juga apabila mengkhususkan pernikah itu seharusnya di lakukan di masjid.....so harap2 kita dapat faham mengnai isu yang telah di bangkitkan...






avamys adalah ubat untuk merawat gejala alergic di kalangan org dewasa hingga lah kanak2 berusia 2tahun dan keatas. sebenarnya ubat ni mengandungi fluticasone furoate iaitu sejenis kortikosterioid group... antara fungsi2 ubat ini ialah merawat gejala hidung terseumbat, berhingus, gatal2, bersin,alergic rinitis, mata berair, mata merah dan gatal2 pada mata.

dos kanak2 umur 2 thun sehingga 11 tahun ialah satu semburan bagi setiap ronnga hidung.. bagi orang dewasa pulak dos nya 2 semburan untuk setiap rongga hidung.

cara nak guna, mula2 spray dulu pada udara untuk testing. kemudian spray dalam keadaan sengit dia antara mata dan telinga..spray kan semasa anda sedang menarik nafas... lepas dahh sedut tu so hembuskan nafas melalui mulut....

kuasa cinta- (black dan noraniza idris)




gandingan terbaru daripada nur aniza idris dan black dalam lagu kuasa cinta nampaknya menjadi juga kan...baru2 ni mereka berduet untuk pencalonan muzik2 25 di tv3...erm...syabas black.selepas gandingan yang menjadi diantara black dan meet uncle hussien nampaknya kali ni black mempertaruhkan lagu duet bersama artis yang bersuara lunak dan lagu2 irama asli ini...

Sabtu, 19 Mac 2011

irma dah bertudung....




kat atas ni gambar terbaru irma...ha sekarang ni irma dah pun menukar image nya dari seorang yang free hair kepada bertudung litup...wah namapaknya irma kelihatan lebih ayu n sopan.....syabas buat kak irma!!!
BRUNO MARS




hari ni aku nak kongsi ngan korang sorang artis kelahiran hawaii iaitu Peter Gene Hernandez, atau lebih dikenali sebagai Bruno Mars. lagu popularnya iaitu Just The Way You Are dan Grenade menguasai carta lagu popular di kebanyakkan negara.. artis berbakat dalam mencipta lagu cathchy ni semakin mendapat tempat dan perhatian pendengar seluruh dunia...buktinya lagu2 seperti jsut the way you are dan grenate telah mengusai carta hits radio2 di kebanyakkan seluruh dunia...bukan tu je,artis ni juga sudah pun mendapat tempat di hati peminat2 Malaysia...tengok sajelah tiket yang dijual bagi menyaksiakan konsert yg bakal berlangsung di dewan PWTC dah pun habis di jual macam gorng pisang panas...ape pun nantikan kemunculan konsert sulong MARS di Malaysia 10 april ni......



ni gambar mars sewaktu kecik...sebenarnya mars menjadikan elvis sebagai idolanya semenjak kecil lagi...cute je mars masa kecik2




gambar mars waktu zaman remajanya dan sekarang..

Jumaat, 18 Mac 2011

punca parkinson dan ubat anti parkinsan...







Parkinson berlaku apabila daya kawalan otot merosot..sebanyak 10% kajian menujukan parkinson berpunca dari keturunan manakala 90% punca masih menjadi misteri.Punca penyakit ini juga dikaitakan oleh pemakanan, racun serangga dan alam sekitar...pada peringkat awal ramai di antara penghidap penyakit ini tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini.menurut kajian, Parkinson dipercayai disebabkan ketidakseimbangan bahan kimia otak dipanggil dopamin yang bertugas menghantar isyarat untuk menentukan pergerakan kita.

UBAT ANTI PARKINSON....

BENZHEXOL 2MG TAB (ARTANE)
CARBIDOPA+LEVODOPA (SINEMET)
LEVODOPA+BENSERAZIDE(MADOPAR)
SELEGILINE HCL(JUMEX)

UNTUK PERINGATAN BERSAMA...DARI HASSAN AL BANNA

• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.

• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

• Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.

• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

• Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.

• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.

• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

doa dijauhi perkara yang tidak elok

Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.

Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hamba-hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

nasi minyak murah? dah la sedap..kopok lagi








kali ni aku nak share ngan korang semua kedai favourite aku.kedai ni terletak di jalan sungai lembing, kampung pandan kuantan pahang.....kedai ni xde la jauh sangat ngan rumah aku,...tapi memandangkan aku kerja shift n jarak rumah ngan tempat keje lebih kurang 1/2 jam so aku dapat beli nasi minyak ni setiap hari jumaat je...coz hari ni je lah aku off kerja.nasi ni di jual pada pukul 11 pagi sampai la dalam kul 3 ptg je..so aku balik kije kadg2 tu da pukul 6.00pm atau 9.oo pm. tapi nape kedai ni yang aku duk sebut2?? xde kedai nasi minyak lain ke yang sedap n jadi pilihan aku??? sebenarnya kalo korang semua nak tau, nasi minyak di jual pada harga rm2.5 je, omg! n ada dua jenis, nasi minyak lauk ayam masak merah n nasi minyal lauk kurma...dah la sedap siot then yang paling penting murah n banyak...bukan setakat tu je..mak cik ni juga jual mee hun goreng, mee goreng n nasi lemak...semuanya rm1.00.. dah la mee goreng dia ada ayam, fish ball n sayur2..adui...sedap dah confirm kalo x xde la aku sebut2 kan....aku pun terfikir macam mana la mak cik ni nak balik untung,,,sedangan harga barang2 skunk ni naik..x macam sesetengah peniaga yang selalu fikirkan keuntungan semata-mata n yang paling teruk tu x jaga kulati masakan diorang sendiri....ada gak sesetengah peniaga tu hari ni masak sedp,esok dah kurang lusa sedap n tulat hancus....pe citer,..tukar2 tukang masak ke>>?? terfikir gak aku kenapa kebanyakkan peniaga kdg2 jual pada harga yang melampau2.... erm...memang patut la kedai mak cik ni laku n ramai orang datang beli...

Khamis, 17 Mac 2011

APAKAH TUGAS SEORANG PEMBANTU FARMASI?







         Tugas sebagai seorang pembantu farmasi bukan sahaja memberi ubat kepada pesakit di kaunter,sebaliknya seorang pembantu farmasi juga bertanggungjawab memberi penerangan mengenai ubat2 dan cara penggunaan ubat2 dengan betul dan tapat..pembantu farmasi perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai ubat2,waktu yang sesuai untuk dimakan, ilmu farmakologi,kesan2 sampingan ubat, kelas2 ubat dan sebagainya....bekerja sebagai seorang pembantu farmasi sebenarnya juga merupakan satu tanggungjawab yang besar...kerana risikonya berkemungkinan meberi maklumat yang salah,meberi dos yang terlebih atau berkurangan,tertukar ubat atau tertukar pesakit..malah seorang pembantu farmasi juga perlu mempunyai kemahiran kerja yang cekap dan tepat untuk mengira kuantiti ubat,membuat ubat seperti sirap,krim, lotion, dan sebagainya....malah dalam keadaan tertentu juga kita terpaksa berkerja dalam situasi di bawah tekanan...tidak kira lah dari segi masa, mahupun melayan kerenah pesakit itu sendiri. selain itu kita juga perlu key data,membuat stock kira2 ubat, dan mendapatkan kepastian dari doktor sebarang keraguan yang terdapat pada preskripsi mengenai dos ubat,ubat dan tulisan yang kurang jelas dari doktor. banyakkan tugas sebagai seorang pembantu farmasi??? jadi siapa kata pembatu farmasi hanya dispens ubat di kaunter jer.

Rabu, 16 Mac 2011

gambar2 bencana tsunami








ni adalah antara koleksi2 gambar bencana tsunmai dan gempa bumi yang telah melanda jepun...menurut sumber dari berita harian angka korban yang telah meragut nyawa dalam bencana ini lebih dari seribu orang.kesian betul kan...bencana tsunami yang telah berlaku pada 11 march ini pastinya akan menjadi kenangan pahit buat semua rakyat jepun..gempa bumi dengan magnitut 8.9rikter dan ketinggian ombak tsunami 10 meter telah melenyapkan hampir kebanyakkan kawsan di negara jepun dan telah melupuhkan pelbagai sektor ekomi negara yang mempunyai kapasiti jumlah penduduk kawasan di bandar tertinggi dunia.apa pun kita mengharapkan kejadian tsunami dan bencana gempa bumi yang melanda jepun sebagai satu iktibar semua umat islam..

SIAPA DIA FAIZAL@AJAI



Assalamualaikum kepada semua readers..Siapa dia ek aku??? Meh la aku citer serba sedikit ey.Kalo korang nak tau nama sebenar aku Faizal Bin Madzlan di lahirkan di kota tinggi Johor..dan menetap di Rompin Pahang...Nama samaran aku AJAI...asal nama cam india pun ada??al kisahnya ada la sorang member dari sekolah menengah Sri Rompin..masa perkenalkan diri aku,dengan selambanya n rasa x bersalah dia kata 'nama faizal ko ni macam x best je', ..tup2 satu sekolah panggil aku ajai..n off course la masa mula2 aku x suka ngan nama tu sebab pelik  la plak bagi diri aku ..dah sampai berminggu2 orang duk panggil lekat gak la nama tu.tapi semenjak nama jolokan ajai ni dijolokkan,rasanya macam banyak tuahnya.hu2...aku rasa hidup pun lebih hepi n gembira.ha2..x cukup ngan tu,nama jolokan ni ada plak yang menambah2 nya,,,ada yang panggil Ajai Devgan n ada plak yang panggil Jejai. ha2.. tapi nama ni sebenarnya familiar dalam 3 bahasa india, melayu, dan cina.

Maksud ajay    dalam bahasa india- tidak mudah ditakluki dan di pengaruhi
maksud ahcai   dalam bahas cina   - anak lelaki
maksud ajai dalam bahasa melayu - penulis lirik. ha2 ni aku tipu je.dalam bahasa melayu aku x tau pe                                                        
                                                       maksud dia pun.

       lepas spm aku melanjutkan pelajran ke form 6, kat sekolah sri rompin. tapi dalam sebulan je. lepas tu dapat tawaran dalam jurusan farmasi uitm.. dari dulu lagi aku banyak terlibat dengan aktiviti pengacaraan, pantun, sajak,public speaking, setiausaha, pengerusi majlis dan sebagainya..bermula dengan menang tempat pertama pertandingan bercerita semasa di sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan pianggu , aku teruskan minat aku sehinggalah aku buat dipolama dulu. actually dulu aku bercita2 nak jadi penyampai radio ataupun wartawan..tapi last sekali aku ambil jurusan farmasi.ha2...jauh betul lari minat ngan pekerjaan skunk..

      Alhamdulillah lepas tamat je praktikal di hospital goverment melaka selama setahun, aku terus je di tawarkan kerja di hospital kuantan. skunk ni aku dah pun berkhidmat di Hospital Pakar Kuantan Medical Center dan membuat kerja sambilan sebagai p.peribadi di kedai farmasi meera pada sebelah malam.

     Sebenarnya aku minat membaca, menulis n mendengar radio( jadi juru dengar sebab x kesampaian jadi juruhebah) dan berniaga...hu2...aku suka baca pasal isu2 semasa lagi2 melibatkan senario politik yang berlaku dalam negara.so aku harap dapat share citer ngan semua pembaca n blogger2 sekalian... thanx all readers!!


gambar kat atas tu masa zaman study.. ni plak gambar masa zaman kerja... pakai baju yang sama... sebelum dan selepas... ada namapak perubahan ka??