by nuffnang

my followers

Khamis, 3 Mei 2012

lagu terbaru ramlah ram memang awesome



    Penyanyi yang popular dengan lagu 'kau kunci rinduku 'tampil dengan album terbaru dengan menampilkan  lagu  -lagu hits dan semakin mendapat perhatian ramai. Antara lagu yang semakin melekat di telinga peminat ialah 'sesaat kau datang'. Gabungan padu dua suara diantara ramlah ram dan juga kumpulan sleeq nampaknya membuahkan hasil yang menarik diantara dua paduan suara. Idea bagi single 'sesaat kau datang ' ini telah dililhamkan oleh komposer baru ID Mifzal dan lirik oleh zie manakala susunan muziknya oleh adi 6ixth sense yg merupakan komposer  sedang meningkat naik sekarang ini.

    Lagu ini sbenarnya mengangkat tema kekecewaan dalam percintaan dan perkahwinan selain terpaksa melepaskan orang yang tersayang bagi meneruskan kehidupan seperti biasa. Bagi aku lagu ni sangat awesome sebab gabungan penyanyi lama dan baru dari kumpulan sleeq memang menjadi. tahniah ramlah ram!
     Walaupun klip video ini banyak dikririk hebat oleh sesetengah pihak,isu pemakian tudung dan jalan cerita nya seakan-akan meniru tema mat salleh namun lagu sesaat kau datang terus mendapat hati di kalangan pendengar. buktinya, lagu ini sering sahaja di putarkan di radio dan mendapat permintaan ramai.
  pape pun jom sama2 tengok klip video ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan