by nuffnang

my followers

Selasa, 26 Mac 2013

PRODUK YANG MENGANDUNG BAHAN KIMIA BERBAHAYA

     



      As.salam... to all readers hari ni sebenarnya rasa terpanggil atas dasar tanggunjawab kepada semua pengguna tegar kosmetik terutamanya kaum wanita. Tidak di nafikan produk kecantikkan semakin banyak berada di pasaran kita, dan semakin berleluasa. Apatah lagi ianya mendapat sambutan hangat terutamanya di kalangan wanita yang taksub untuk mendapatkan kulit putih dan cantik serta bentuk badan yang menjadi idaman mereka. Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia Mazlan Ismail berkata, pengeluar kebanyakkannya akan menghantar sampel produk mereka  yang mengandungi herba. Walaubagaimanapun selepas mendapat kelulusan dari KKM mereka akan mencapurkan produk mereka dengan bahan yang terlarang agar mendapat kesan yang lebih cepat kepada pengguna. Kebanyakkanya  produk pelangsing badan mengandungi sibutramine bagi mengurangkan selera makan. Kesan bahan ini boleh menyebabkan pendarahan usus, darah tinggi, degupan jantung , cepat marah , tekanan, dan mudah berpeluh.

     Produk kosmetik yang sering di campur bahan aktif seperti tretinoine, hydroquinone, dan mequry juga merupakan bahan yang terlarang dan tidak mendapat kelulusan oleh kementrian kesihatan Malaysia. Tiga bahan  ini yang kerap di jumpai dalam produk kosmetik sebenarnya merupakan asid lemah yang bertindakuntuk  menghakis kulit muka. Sesetengah produk akan menyebabkan kulit mereka mengelupas  dan menjadi kemerah-merahan atau pun dikatan 'peeling skin'. Biasanya pengeluar akan mengatakan ini adalah kesan biasa kerana lapsian kulit luar, kulit mati dan rosak akan tertanggal. Asid lemah ini juga sebenarnya memberikan kesan yang mudarat kepada pengguna kerana ianya menyebabkan kulit muka menjadi nipis dan sensitif.Bahan seperti Logam merkuri  misalnya boleh di serap di dalam kulit apabila disapu dan cenderung untuk berkumpul di dalam badan. Pendedahan secara berterusan mengakibatkan kerosakkan pada sistem saraf, buah pinggang dan otak. 
  
     Sebagai seorang peniaga,  terutamanya rakan-rakan blogger jadilah insan yang berguna kerana kita juga merupakan medium penting dalam menyampaikan maklumat. lambakan produk kosmetik dan kesihatan dalam pasaran teruamanya jenama buatakan Malaysia sendiri  sebenarnya menunjukkan satu perubahan yang positif dalm ekonomi Malaysia. Namun, kita haruslah memikirkan kesan positif kepada rakan-rakan, masyrakat dan negara kita. jadikan ia seiring dengan kemajuan dalam menjana ekonomi keluarga, negara dalam mencapai matlamat negara maju dan sihat. Mengikut akta mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum rm5,000 manakala bagi Akta Jualan Dadah denda mkasimum rm50, 000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan