by nuffnang

my followers

Jumaat, 14 Jun 2013

produk tabita diharamkan

                   

             Assalam... hari ni ajai nak share ngan u alls pasal isu produk tabita.. mungkin sesetengah masih lagi tertanya-tanya mengenai tahap keselamatan produk tabita sama ada selamat atau pun tidak..  Portal biro pengawalan farmasutikal kebangsaan telah mengeluarkan ulasan kenyataan mengenai produk tabita yang telah di haramkan oleh kerajaan Singapura. Pada 26 april 2013 berita harian telah memtik kenyataan daripada 'Health Sciences Authority' (HSA) mengenai larangan menggunakan produk jenama tabita skin care iaitu tabita smooth lotion, tabita night cream, tabita daycream dan tabita smooth lotion yang dikesan mengandungi hydroquinone, merkury dan tretinon. Malah, ianya juga dikesan mengandungi asid salasilik yang tidak diisyhtiharkan dalam produ- produk tersebut. 

                          Pihak HSA telah menerima aduan daripada seorang wanita yang telah mengalami ruam di bahagian leher dan muka selain kulit muka putih dalam jangka masa yang cepat setelah menggunakan produk tersebut. 

                         Oleh itu, pihak kementerian kesihatan tidak membenarkan penggunaan produk ini dan menasihatkan orang ramai di memberhentikan penggunaan produk ini  kerana di dapati boleh memberi kesan sampingan dan mudarat kepada pengguna. 

* sumber- ulasan kenyataan daripada protal rasmi BPFK pada tarikh 7 june 2013

1 ulasan:

  1. tapi ramai je lg yg jual..dorang ckp tu semua tipu..

    BalasPadam