by nuffnang

my followers

Jumaat, 11 Julai 2014

2 3 dengan tahap kesabaran

  susah, memang susah! hari ni masuk hampir sebulan aku bergelar full online bisness.. tipu la kalo kata x rindu kat kawan- kawan lama. ha2.. nah ko.. belum lagi bertahun. tapi x de la sampai tahap menyesal. bersyukur dengan ketepan. mr ajai rasa lebih hepi dan gembira. tapi dalam pada tu ada terasa azabnya mak ai.. nak menyesuaikan diri kita bila dah balik kampung ni kan? ha2

 tipu la kalo xde mulut2 yang cakap. napa ko berenti? ada masalah dengan kerja ke? pelik nya? sebenarnya x larat aku nak jawap dengan soalan2 yang dah banyak kali aku jawap. masing2 tanya dengan nada berbeza. sinis, pelik, tumpang suka n macam2 lagi. ha korang dah tau x nape nya aku berenti? dah.. aku malas nak meluah. ha2..

  yang azabnya korang tau kenapa? aku nak pasang stremyx.. tapi line x leh masuk sampai ke area umah aku tu.. unifi? lagi la.. jauh panggang dari api. ok, maxis atau celcom? derita weh.. semua dah pasang. celcom unlimited. maxis plak kejap2 putus. mr ajai tahap kesabran dah paras hidung. nak lemas xde internet.. mujur la whatsapp xde pape kan

 skunk ni mood nak upload2 pic xde langsung. nanti la.. aku rasa dalam sebulan ni macam ular sawa plak.. lagi plak bulan puasa.. ngantuk je mata. kalo korang yang kije kat opis xpe.. xkan nak tido lebih2 bos nampak kang esok dapat surat. aku ni? ngantuk je tido.. lapar x la makan.  jenuh nak menganti kang.. dosa satu hal.. bahagia dalam derita.. ha2..

Isnin, 7 Julai 2014

SERABUT

 
 

  Korang bila click tajuk yang mr ajai letak ni mesti dalam kepada otak pikir mr ajai tengah serabut kan? ha2.. salah.. x kan nak meluah plak rasa serabut.. ari ni x la.. akan datang mungkin.. so far x sampai ke tahap meroyan lagi. teruk kan korang asal dengar mr ajai serabut je cepat2 nak baca. ha2.. sebenarnya nak citer pasal pemakanan.. bulan2 puasa ni best citer pasal makan.. rasa kenyang. sebab makan x boleh kan? ha2..

  Menggikut kamus dewan edisi ke empat serabut merupakan sesuatu yang berupa serat. skunk ni ramai yang x sedar sebenarnya mereka kekuranga makanan yang mengandungi serat dan dalam tak diam juga ramai penghidap penyakit buasir? ko ada tak? eceh.. kantoi la tuh. kalo x teruk xpe lagi.. kalo dah level teruk? bahaya tu. so kena la waspada. pemakanan kena jaga.

   Serat merupakan bahagian dalam tanaman yang tidak boleh dicerna oleh manusia. Makanan yang mengandungi serat antaranya ialah sayur- sayuran dan buah - buahan. Antara contoh makanan yang mengandungi serat ialah roti mil penuh, kacang pea kebun, aprikot kering, kismis, kekacang campuran, respberi, pasta gandung penuh, daun bawang kucai dan sebagainya. Serat sangat penting kepada semua golongan terutamnya penghidap penyakit kencing manis dan juga mereka yang menagalami masalah kegemukkan. Bila kekruangan serat makan akan terjadilah masalah yang di katakan sembelit.. bila duk sembelit je buasir lama2 jah!

  Bukan sahaja serat membantu mencuci usus, tetapi serat yang tidak mampu di cerna ini tadi memberi pengisian kepada ruang- ruang usus supaya pergerakkan makanan dalam usus berjalan dengan lanacar. mr ajai rasa tertarik nak tulis pasal SERABUT ni sebab x nak korang serabut nanti bila kena buasir. nanti sampai kena potong2 usus. takut kan?