by nuffnang

my followers

Rabu, 27 Julai 2011

AZAB NERAKA ( BAHAGIAN SATU)



AS.SALAM..hari ni saya nak berkonsi sedikit mengenai azab neraka yang di ambil dari blogg,

http://almafma.blogspot.com/2009/04/pedihnya-azab-neraka.html.. sebagai peringatan bersama.



IMAM BUKHARI meriwayatkan , “Kebanyakan doa Rasulullah SAW adalah ;


“ Ya Tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami daripada azab neraka.”


Abu Ya’la meriwayatkan; “Rasulullah SAW berkhutbah;


“Janganlah engkau melupakan dua kebesaran syurga dan neraka.”

Kemudian baginda menangis hingga bercucuran air mata membasahi janggutnya.Lalu baginda bersabda:


“Demi zat yang aku di dalam kekuasaan-Nya,jika kamu tahu apa yang aku tahu daripada urusan akhirat,tentu kamu akan berjalan ke gunung dan memenuhi kepalamu dengan debu.”


Ath-Thabrani meriwayatkan; “Jibril datang kepada Rasulullah SAW pada waktu yang tidak biasanya dia datang.Kemudian baginda berdiri menyambut kedatangannya seraya berkata;


“Wahai Jibril,belum pernah aku melihat engkau berubah rupa.” Jibril berkata; “Aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip neraka.” Rasulullah SAW bertanya; “Wahai Jibril ceritakan kepadaku tentang keadaan neraka!” Jibril menjawab, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam supaya menyalakan api seribu tahun hingga menjadi putih.Lalu Dia memerintah supaya menyala seribu tahun lagi hingga menjadi merah.Dan kemudian Dia memerintahkan supaya menyala seribu tahun lagi,sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat.Tidak kelihatan lagi cahayanya dan tidak terpadam lagi nyalanya.


Demi zat yang mengutusmu sebagai Nabi dengan benar, kalau jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum,matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan.


Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran ,jika sahaja seorang penjaga jahanam menjelma ke dunia ,tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang amat busuk.


Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran ,kalau sepotong rantai ahli neraka,yang telah dijelaskan Allah dalam kitab-Nya itu diletakkan di atas gunung,tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi.”



Kemudian Rasulullah SAW memandang Jibril yang telah menangis itu lalu bertanya: “Wahai Jibril, mengapa engkau menangis ,engkau telah mempunyai kedudukan di sisi Allah.” Jibril menjawab: “Bagaimana aku tidak menangis .Justeru aku lebih berhak menangis.Siapa tahu dalam ilmu Allah keadaanku menjadi lain.Aku tidak tahu,kalau-kalau diseksa dengan seksaan Iblis.Bukankah Iblis itu sendiri juga daripada malaikat.Aku tidak tahu .Kalau-kalau aku diseksa seperti seksa Harut dan Marut.” Kemudian Rasulullah SAW menangis sampai ada suara memanggil ; “Wahai Jibril dan Muhammad, kamu telah diamankan.Tidak akan menderhakai-Nya.”


Jibril kemudian naik dan Rasulullah pun keluar .Lalu baginda berjumpa dengan orang-orang Ansar yang tertawa riang dan bermain-main.Rasulullah SAW bersabda; “Adakah engkau tertawa sedang di belakangmu ada neraka?kalau engkau tahu apa yang aku tahu,tentu engkau akan sedikit ketawa dan banyak menangis.Tentunya kamu tidak lalu makan dan minum.Malah kamu akan keluar ke masjid,bertiarap kepada Allah SWT.”


Kemudian ada suara memanggil: “Wahai Muhammad ,janganlah engkau membenci hamba-ku.Engkau Kuutus sebagai pemberi khabar gembira,bukan untuk menyedihkan mereka.” Rasulullah SAW lalu bersabda: “Luruskanlah dan mendekatlah.”

Dirawikan bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Jibril, “Aku tidak pernah melihat Malaikat Malik tertawa.” Jibril menjawab: “Dia tidak pernah tertawa sejak neraka diciptakan.”

Ibnu Majah dan Al-Hakim meriwayatkan ; “Sesungguhnya apimu (di dunia) ini sebahagian daripada tujuh puluh bahagian api neraka.Itupun kalau tidak dicuci dengan air dua kali,takkan berguna bagimu.dan sesungguhnya api itu berdoa kepada Allah supaya tidak dikembalikan ke neraka.”


Al-Baihaqi meriwayatkan; “Umar RA membaca ayat;


(( إن الذين كفروا بئا يتنا سوف نصليهم نارا كلما نضجت جلودهم بدلنهم جلودا غيرها ليذوقوا العذاب إن الله كان عزيزا حكيما ))


Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka.Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


(Surah an-Nisa’:56)


Dia lalu berkata; “Wahai Kaab,cuba tafsirkan ayat ini!Jika kamu benar,aku terima.Jika kamu bohong,tidak kuterima.” Kaab berkata; “Sesungguhnya kulit manusia dibakar dan ditukar dalam sesaat atau dalam sehari ribuan kali.” Umar berkata, “Kamu benar,”

Al-Baihaqi meriwayatkan; “Bahawa dalam menerangkan ayat tersebut,Hassan al-Basri berkata, “Api itu memakan mereka setiap hari tujuh puluh ribu kali.Setiap kali selepas dibakar,dikatakan kepada mereka; “Kembalilah.” Lalu kembali seperti sediakala.”


Imam Muslim pula meriwayatkan ; “Didatangkan seorang ahli neraka yang di dunia hidup paling nikmat.Kemudian dia dicelupkan ke neraka sekali,lalu dinyatakan kepadanya; “Wahai manusia,apakah kamu melihat kebaukan dan apakah kamu pernah menjumpai kenikmatan?” Dia berkata, “Tidak ,demi Allah,wahai tuhanku.” Kemudian didatangkan pula seorang ahli syurga yang di dunia papa.Dia dicelup ke syurga lalu ditanya, “Wahai manusia ,apakah kamu melihat kepedihan dan apakah kamu pernah menemukan kepedihan?” Dia menjawab , “Tidak ,demi Allah ,wahai tuhanku.Aku tidak pernah merasakan kepedihan sama sekali.”


Ibnu Abbas merawikan; “Tangis dikirimkan kepada ahli neraka.Mereka menangis hingga kekeringan air mata.Kemudian mereka menangis darah.Sehingga keadaan muka mereka seperti jurang yang kalau dikirimkan perahu ke situ akan boleh berjalan.”

Abu Ya’la meriwayatkan ; “Wahai sekalian manusia,menangislah! Jika kamu tidak boleh menangis,maka buat-buatlah menangis.Sesungguhnya ahli neraka itu menangis di neraka sampai air mata mereka meleleh ke pipinya bagai anak sungai .Setelah air matanya kering lalu mengalirlah darah sehingga melukai mata.”















Ahad, 24 Julai 2011

PERJALANAN SETELAH KEMATIAN


SETELAH KITA MENINGGAL, SETELAH ROH TERPISAH DARI JASAD, ALAM ROH...


SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya


Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"


Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."


Ketika Mayat Diusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."


Ketika Mayat Siap Dishalatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."


Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."


Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian....Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".


Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"




                                     Panduan Lengkap Penjagaan Bayi



Jumaat, 22 Julai 2011

SAJAK BUAT IBU



TERSUNGKUR AKU MNYEMBAH BUMI,
PADA SEBUAH TAKDIR YANG PASTI TERJADI,
SEBUAH HARI YANG MEMBAWA BERITA DUKA ,
WAHAI IBU YANG KU CINTA,
KAU PERGI SELAMANYA,


WAHAI IBU YANG KURINDUI,
KETIKA REZEKIKU BARU MELIPAH,
HAJAT MAHU MEMBELI SEKALUNG EMAS BUAT MU,
SEWAKTU DULU-DULU KAU MENGADU,
ALANGKAH INDAH IANYA KEKAL DI SISIKU,
SEBAGAI PERHISAN CANTIK RUPAMU,

MASIH AKU TERKAPAI-KAPAI,
DALAM MENCARI KEBENARAN,
KENYATAAN DALAM KEPILUAN,
RUANG DAN MASA YANG TERBATAS,
MEMBALAS JASA DAN PENGORBANANMU

HARI-HARI YANG KULALUI,
SYAHDU MENCARI KEKUATAN,
DALAM MENITI FATAMORGANA,
AKU MEMANJAT DOA,
SEMOGA KAU DITEMPATKAN DENGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN



'AMIN...AL- FATIAH BUAT IBU YANG TERCINTA YANG TELAH PERGI PADA 6 JULY 2011





Fesyen korea




Sekarang ni mungkin menjadi trend bagi remaja di kalangan lelaki untuk memilih pakaian baju korea. Baju ni mempunyai ciri-ciri di mana di lehernya terdapat kain seperti selendang. Baru-baru ni saya sempat g uptown dan melihat banyak lamabakan trend seperti baju ni. Harganya pun x lah terlalu mahal sekitar rm80-rm65 sahaja.













kasut dari JEFFERSON ni sesuai jika dikenakan dengan baju tersebut.







lebih elok jika anda mengenakan gaya rambut seperti ini. baru nampak lebih korean













JEFFERSON adalah kedai pakaian yang menjual pakaian berkonsepkan warna baju hitam dan putih sahaja. banyak baju-baju trend korea ada jual di sini.




FAIZAL BIN MADZLAN

RAGAM ORANG TUA..

Gambar kat bawah ni gambar mak sedara kesayangan aku. Aku panggil dia mak yah. Umur dia lebih kurang 80 tahun dah. Walaupun dia sudah berusia tetapi dia memang kaki jalan. Even sakit lutut dia suka travel dan memang kitorang selalu bawa dia. Kadang-kadang dia ni memang menghiburkan. Dia seorang yang suka bercakap dan banyak cerita. Memandangkan dia sudah berusia, dia bukan sahaja sakit lutut, tapi mata kurang nampak dan kurang dengar. Mak yah aku ni ada geng kat kampungnya. Namanya mak cik leha. geng dia ni pun kurang dengar dan kurang nampak. terjadi la satu al-kisahnya- mak yah aku ni dan mak cik leha lepak berdua di pangking depan rumah. datang seorang peniaga ni menjual terung. Mak cik leha yang kurang dengar ni tanya, tepung ape jual? Mak yah aku pulak cakap dia bukan jual tepung la dia jual telekung la leha. lepastu mereka dua orang ni bertengkar. Tukang jual jelaskan jual terung sampai 3 kali. Tapi mak cik leha cakap jual tepung, mak yah aku pulak cakap mana datang tepung pulak x kan dia tanam. dia jual telekung la leha. lama-lama peniaga terung ni pun naik hangin, 'AKU CAKAP JUAL TERUNG LA, X DENGAR SUDAH LA'. dua-dua mak cik ni terus senyap n berhenti bertengkar. peniaga ni pun terus bla.>>





Time ni kitorang gi jalan-jalan kat ICT

KE MANA ARAH TUJU LEPASAN DIPLOMA FARMASI?

AS.SALAM..baru2 ni saya ada menerima beberapa soalan yang telah diajukan mengenai sejauh mana hala tuju dan peluang pekerjaan dalam bidang farmasi. Sebenarnya negara kita masih berada dia antara negara yang awal lagi dalam bidang farmasi. Berbeza dengan Malaysia, hampir kebanyakkkan negara luar, pharmacist diberikan mandat untuk membekalkan ubat kepada pesakit manakala doktor ditugaskan untuk mendiagnosekan pesakit. Kekuranagn jumlah farmasi di Malaysia menyebabkan doktor di negara ini diberi kuasa untuk memberi ubat. Kerjaya farmasi dianggap kerjaya yang kritikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia. Terdapat banyak institusi IPTA dan IPTS yang menawarkan program diploma farmasi dan ijazah farmasi di Malaysia. Bagi peringkat diploma, ipta yang menawarkan diploma farmasi ialah uitm, manakala ipts yang menawarkan bidang ini ialah Kolej Unerversity Shaputra, Kolej Mahsa, Kolej Masterskill, Kolej Micost dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah sama ada di IPTA mahupun IPTS, mereka perlu memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.8. Syarat yang telah ditetapkan oleh Pharmacy Board Malysia pada june 2010 adalah bertujuan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan competitive dalam jurusan farmasi .Bagi mereka yang tidak mencapai tahap yang telah ditetapkan, mereka masih berpeluang melanjutkan pelajaran mereka di negara luar seperti Indonesia, Rusia, London dan negara-negara luar yang telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebenarnya, berdasakan pengalaman saya sendiri (sebagai pelajar jurusan farmasi) peluang pekerjaan dalam bidang farmasi pada ketika ini sangat meluas di Malaysia. Terdapat banyak peluang pekerjaan di hospital dan kilang-kilang farmasi yang menawarkan gaji tinggi selain benefit lain yang ditawarkan. Rata-rata kawan saya juga sudah memperoleh kerja sebaik sahaja menamatkan pengajian mereka. Selain itu ada juga dia antara mereka yang sudah melanjutkan pelajaran dalam degree di UiTM, Institute Teknologi Bandung, University Air Langga dengan pinjaman atau biasiswa yang telah disediakan oleh kerajaan. Pada pandangan saya juga, jika ada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang ini sama ada di Ipta mahupun Ipts, ini adalah merupakan pilihan yangpaling tepat bagi para pelajar. Namun mereka sentiasa perlu bersedia, gigih dan tekun bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Sikap tawakal dan tidak mudah berputus asa adalah nilai displin yang perlu ada bagi setiap pelajar.




'kongsikan pula pandangan dan pendapat anda bersama saya disini'.

Khamis, 21 Julai 2011

LIRIK LAGU TERBARU SITI NURHALIZA- ALBUM ENLISH SONG- ( FALLING IN LOVE& NOBODY ELSE)

NOBODY ELSE>>>>

I remember from the first time I saw you
You were staring to my eyes and I caught you
The body fighting.. I kinda like it
Something said inside my heart not to fight it

Amazing
It had me shaking
Now I cant stop thinking about it call me crazy
And if u only knew all the ways that I’d love you
You would want nobody else to take it from me

Coz everytime I find my way it’s always ….
Someone comes into my life and takes love of me
Over and over again it’s the same thing
I try and try but my body want nobody else

So tell me
You feel the same
Coz I don’t want this love to ever go away
You’re the only one that makes me feel this way
You complete me


FALLING IN LOVE>>>>


Once in a lifetime…
and your sweep took off your feet
and everything I’ve touched dissolve itself before my eyes

you’re taking me higher when I hear you speak to me
this is so familiar but I’m caught up in this fantasy,

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream

you’re taking me higher when I hear you speak to me
I’m trying to tell you that I will never won’t to let you go

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Over and over again because I’ll let my mind
You give me something in you to believe in
Come to take me away…

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you




Rabu, 20 Julai 2011

waiting for something?? al-FATIHAH to my mum...

No, i am just looked foward.....about my further... hows about the ending of story....why?? because today i am not dreaming, i am not "have lost that loving feeling"( title song by righteous brothers) ahaks..., not 'pressure in working'.....also not crazing!!! (but nearest)...
I wrote on my diary before this about my mum and another things happened..just sweet memory..She was amazing...She was responsible..She was loud..she was fun...She was brave..She was competitive. She was strong..but most of all, she was my mum!!!!!!....
Today i am writing in this blog because i want sharing with all blogger.... because i miss my mum... I miss her terrible. My mum already gone on 6 july 2011.... Just a few weeks ago...I was surrounding sadness the whole part of my life...No one can ever replace a mum... Now i feel as though my whole family has change since my mum gone. I know she is watching over me and is with me in spirit, but its still not same as you all know. I can never call my mum to ask for advice.. I know i am most certainly not the only person who has gone through losing a parent, but it does in a way comfort me to know that there are others who know how i fell.
Just today i want you learning hows to appreciate mum..to give value to her.Someone who are brought you in this life... Make your mum happy please...!!!!!
And now i should be learn to carry on just fine>>>learn how to be a strong person!
always smile...AND NOW I CAN'T WAITING FOR SOMETHING BUT I WILL BE MISSING FOR HER... aL-Fatihah to mum

Selasa, 19 Julai 2011

MY BEST FREINDS

ni la antara kawan2 baik aku....yang berdiri kat tengah tu namanya ashraf....kitrg panggil dia ustaz...memang dia best freind aku lah...coz dia banyak memahami aku n banyak kitrg share...yg paling bestnya story ape pun kat dia, dia x kan bocor rahsia....hu2..skunk dia buat degree kat UITM puncak alam dlm bidang farmas.. then sorang lagi ni namanya nazrin..tapi nama gelaran dia kalo korang nak tau kitrg panggil doc,,muka dia macm doc.dia ni memang rajin gila study n tahap menghafal dia memng gila baban sebiji ape yang tulis dalam buku.skunk ni sambung belajar medic..akhirnya gelaran doc tu jadi kenyataan..

iklil....she is iklil 23 years old..always smile n gelak macm APE je...he2...just sape tgk dia gelak mesti nak tergelak sama...comey gila n lawak nak mati... kalo bab gadget ke, komunikasi ke, n dunia luar memang serah kat dia la,...tabik spring la..sebab memang dia ni suka amik tahu pasal benda2 camni..english??/memang fasih cakap berair mcm mat salleh....location-university ITB ( PHARMACY)
cuba tengok kat tengah2 tu sape...ha2,,, aku lah,,,.. x kan x kenal?/cucuk kang mata...time ni makan tengah hari kat 'warung anda'...sepanjang aku kat melaka, ni salah sebuah kedai makan paling aku suka sebab banyak lauk n sedop2... harga pun ok je x lah mahal sangat...paling kiri sekali ni namanya lan..hobi dis suka menyanyi..kitrg memang rapat n banyak share pasal benda2 peribadi..dia jujur bagi aku n baik hati..aku serumah ngan dia masa sem akhir praktikal di h.melaka.

WORKING PART TIME -PERSONAL ASISSTANT PHARMACIST,MEERA

INLAH DIA FARMASI MEERA>>>


Au ni bekerja sambilan je kat sini sebenarnya, n yang pasti lah tujuan asal aku bekerja nak kutip pengalaman... diut??ha2,,,sama lahtu...ko ni banyak sangat tanya ek,..memang x dapat nafikan lah bagi aku kerja di hospital n di kedai farmasi ada sedikit perbezaan... banyak pengalaman yang dapat diperoleh kerja di kedai farmasi ni sebenarnya.. selain dapat menambahkan lagi pengetahuan mengenai ubat, kita secara x langsung dapat mengenalpasti penyakit yang mungkin dihadapi oleh seseorang dan cara merawatnya...hal ini demikian kita secara direct berjumpa dengan pesakit tersebut n dapat melihat perkembangan yang berlaku apabila pesakit datang pada hari yang berikutnya.... memandangkan aku bekerja di sini untuk mengantikan puan meera yang ketika itu sedang melahirkan anak, selepas puan meera habis pantang tamatlah jawatan aku disini...
Seronok sangat kerja kat sini.korang nak tau nape aku rasa best kerja kat sini??
1) kalau sebelah pagi leh layan, borak2 ngan salesgirl cantik2...he2..n salesman..banyak info yang boleh kita tanya pada diorang lagi2 perbandingan antara ubat2 yang ada di pasaran ni...
2) sebab gaji -mashuk gak la sejam.
3) memandangkan aku seorang yang suka berbual dengan patient dapatlah aku berkongsi pengalamn serta kerenah customer
4)kerja n tugas yang x terlalu berat.. ha2...bagi aku, even aku buat kerja 2 kali sehari dan melebihi masa normal bekerja di malaysia sebnyak 8 jam, tapi kerja di sini bagi aku x banyak memerlukan tenaga n x susah nak buat.
5) berangan nak buka kedai farmasi sendiri..tapi angan2 tu x tercapai so sambil2 dispens ubat ( berlagak cam owner sendiri)...ha2..