by nuffnang

my followers

Jumaat, 22 Julai 2011

RAGAM ORANG TUA..

Gambar kat bawah ni gambar mak sedara kesayangan aku. Aku panggil dia mak yah. Umur dia lebih kurang 80 tahun dah. Walaupun dia sudah berusia tetapi dia memang kaki jalan. Even sakit lutut dia suka travel dan memang kitorang selalu bawa dia. Kadang-kadang dia ni memang menghiburkan. Dia seorang yang suka bercakap dan banyak cerita. Memandangkan dia sudah berusia, dia bukan sahaja sakit lutut, tapi mata kurang nampak dan kurang dengar. Mak yah aku ni ada geng kat kampungnya. Namanya mak cik leha. geng dia ni pun kurang dengar dan kurang nampak. terjadi la satu al-kisahnya- mak yah aku ni dan mak cik leha lepak berdua di pangking depan rumah. datang seorang peniaga ni menjual terung. Mak cik leha yang kurang dengar ni tanya, tepung ape jual? Mak yah aku pulak cakap dia bukan jual tepung la dia jual telekung la leha. lepastu mereka dua orang ni bertengkar. Tukang jual jelaskan jual terung sampai 3 kali. Tapi mak cik leha cakap jual tepung, mak yah aku pulak cakap mana datang tepung pulak x kan dia tanam. dia jual telekung la leha. lama-lama peniaga terung ni pun naik hangin, 'AKU CAKAP JUAL TERUNG LA, X DENGAR SUDAH LA'. dua-dua mak cik ni terus senyap n berhenti bertengkar. peniaga ni pun terus bla.>>





Time ni kitorang gi jalan-jalan kat ICT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan