by nuffnang

my followers

Sabtu, 9 Ogos 2014

Dianz vitamin c murah

VITAMIN C & E + WHITENING COLLAGEN 6000mg

Gabungan daripada extra berry..mengahasilkan vitamin C & E dan Menggunakan collagen dari sumber ikan tilapia.. tidak meberikan kesan alahan jika anda alergik kepada seafood seperti collagen marine.. ALERGIK IKAN TALAPIA TIDAK DI GALAKKAN AMBIL 

FUNSGI UTAMA : memutihkan seluruh badan, melembabkan kulit,mencantikkan kulit.,merawat jerawat,jeragat .dan sel kulit mati.

CARA GUNA : 1 biji selepas sarapan.1 biji sebelum tidur. Tablet boleh di isap atau di telan.

Mendapat pengesahan HALAL,bumiputra product/ dari kilang bertaraf GMP,tiada gelatine,

Sesuai untuk lelaki dan perempuan 16TAHUN KE ATAS,ibu mengandung dan menyusu boleh ambil

Sabtu, 12 Julai 2014

Oh buah pinggang

     aku teringat sebenarnya masa last day kat hospital ada satu patient yang selalu sangat hangin datang n cari pasal kat farmasi. ada je xkena. memang dah perangai macam tu. patient ni ada problem ngan buah pinggang dia. selalu datang memang nampak sehat n kdg2 suka sinis2. sakit hati.. ha2.. bukan aku sorang. tapi biasa, kerenah patient layan kan je.

   tapi last day juga lah bagi aku jumpa ngan dia, dia nampak sangat uzur masa nak amik ubat. dah tu tangan tergketar2.. masa mula tengok nama dia dalam ati aku dah berdoa.ya ALLAH bagi aku kesabaran bila bercakap dengan patient ni n berikan aku riak wajah yang pura2 penuh dengan senyuman atau xde apa2 kalo kena bahan.
   
   korang tau aku terkejut tengok dia. aku tanya why lambat trurn amik ubat. dia kata kat aku ari ni bleeding! then, senyap je dia x banyak cakap. badan dia aku nampak hitam2 dan bengakak. tangan terketar2.. x cakap banyak. isyk..kesian sangat.. terus mengalir air mata jantan aku. sebaq.. bersyukur tuhan kurniakan aku nikmat kesihatan dan bertapa aku bersyukur sebab masih di beri peluang untuk bernafas.

  lepas aku balik kampung, ayah aku ajak p tgk member dia. nak rupanya sakit yang sama buah pinggang juga. pak cik ni siap cakap lagi dia plan nak tukar buah pinggang kat negeri cina. betul, bila dah kena penyakit bah pinggang teruk la jawapnya. seminggu tiga kali mesti nak buat dialisis.

 atas ksedaran tu jugaa, aku yang masih muda remaja ni nak sama2 ajak korang sehat2 kan la badan dan jaga pemaknan. jangan minum ais time berbuka ni kerana menurut pakar buah pinggang dari kerachi, apabila seharian berpuasa buah pinggang kita dehydrate. if tiba2 minum sejuk, mengakibatkan buah pinggang cepat rosak.



korang tau tak, buah pinggang berkerja sepanjang masa dengan menapis kira- kira 200 liter darah sehari

fungsi buah pinggang

buah pinggang mengawal jumlah cecair dan elektrolit dalam badan
mengawal tekanan darah,
 membantu penghasilan sel darah merah dengan mengeluarkan hormon eritropoietin 
mengekalkan kesihatan tulang dengan mengawal tahap kalsium serta fosforus dalam darah.


                                                                 punca sakit buah pinggang 

 1) Kerap tahan kencing
2) Kurang minum air
3) Suka makan makanan masin
4) Suka minum minuman bergas.
5) Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6) Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid)
7) Kerap makan Pil Tahan Sakit
8 ) Merokok
9) Obesiti
10) Alkohol
11) Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal


kalo korang merokok, stop la masih muda dan sebelum kena penyakit ni. bila dah kena nak berhenti merokok time tu  tidak membantu sangat masalah buah pinggang yang di hadapi.  SAYANGILAH BUAH PINGGANG ANDA. 

* Atas ksedaran ni, makin berkurangan aku minum ais bila berbuka puasa
* makin xsuka aku makan2 ubat lagi2 panadol bila aku demam
* makin berjaga2 makanan yang berseafood.

Jumaat, 11 Julai 2014

2 3 dengan tahap kesabaran

  susah, memang susah! hari ni masuk hampir sebulan aku bergelar full online bisness.. tipu la kalo kata x rindu kat kawan- kawan lama. ha2.. nah ko.. belum lagi bertahun. tapi x de la sampai tahap menyesal. bersyukur dengan ketepan. mr ajai rasa lebih hepi dan gembira. tapi dalam pada tu ada terasa azabnya mak ai.. nak menyesuaikan diri kita bila dah balik kampung ni kan? ha2

 tipu la kalo xde mulut2 yang cakap. napa ko berenti? ada masalah dengan kerja ke? pelik nya? sebenarnya x larat aku nak jawap dengan soalan2 yang dah banyak kali aku jawap. masing2 tanya dengan nada berbeza. sinis, pelik, tumpang suka n macam2 lagi. ha korang dah tau x nape nya aku berenti? dah.. aku malas nak meluah. ha2..

  yang azabnya korang tau kenapa? aku nak pasang stremyx.. tapi line x leh masuk sampai ke area umah aku tu.. unifi? lagi la.. jauh panggang dari api. ok, maxis atau celcom? derita weh.. semua dah pasang. celcom unlimited. maxis plak kejap2 putus. mr ajai tahap kesabran dah paras hidung. nak lemas xde internet.. mujur la whatsapp xde pape kan

 skunk ni mood nak upload2 pic xde langsung. nanti la.. aku rasa dalam sebulan ni macam ular sawa plak.. lagi plak bulan puasa.. ngantuk je mata. kalo korang yang kije kat opis xpe.. xkan nak tido lebih2 bos nampak kang esok dapat surat. aku ni? ngantuk je tido.. lapar x la makan.  jenuh nak menganti kang.. dosa satu hal.. bahagia dalam derita.. ha2..

Isnin, 7 Julai 2014

SERABUT

 
 

  Korang bila click tajuk yang mr ajai letak ni mesti dalam kepada otak pikir mr ajai tengah serabut kan? ha2.. salah.. x kan nak meluah plak rasa serabut.. ari ni x la.. akan datang mungkin.. so far x sampai ke tahap meroyan lagi. teruk kan korang asal dengar mr ajai serabut je cepat2 nak baca. ha2.. sebenarnya nak citer pasal pemakanan.. bulan2 puasa ni best citer pasal makan.. rasa kenyang. sebab makan x boleh kan? ha2..

  Menggikut kamus dewan edisi ke empat serabut merupakan sesuatu yang berupa serat. skunk ni ramai yang x sedar sebenarnya mereka kekuranga makanan yang mengandungi serat dan dalam tak diam juga ramai penghidap penyakit buasir? ko ada tak? eceh.. kantoi la tuh. kalo x teruk xpe lagi.. kalo dah level teruk? bahaya tu. so kena la waspada. pemakanan kena jaga.

   Serat merupakan bahagian dalam tanaman yang tidak boleh dicerna oleh manusia. Makanan yang mengandungi serat antaranya ialah sayur- sayuran dan buah - buahan. Antara contoh makanan yang mengandungi serat ialah roti mil penuh, kacang pea kebun, aprikot kering, kismis, kekacang campuran, respberi, pasta gandung penuh, daun bawang kucai dan sebagainya. Serat sangat penting kepada semua golongan terutamnya penghidap penyakit kencing manis dan juga mereka yang menagalami masalah kegemukkan. Bila kekruangan serat makan akan terjadilah masalah yang di katakan sembelit.. bila duk sembelit je buasir lama2 jah!

  Bukan sahaja serat membantu mencuci usus, tetapi serat yang tidak mampu di cerna ini tadi memberi pengisian kepada ruang- ruang usus supaya pergerakkan makanan dalam usus berjalan dengan lanacar. mr ajai rasa tertarik nak tulis pasal SERABUT ni sebab x nak korang serabut nanti bila kena buasir. nanti sampai kena potong2 usus. takut kan?


Isnin, 23 Jun 2014

bangun pagi x pergi kerja

     lain orang lain tugas dan tanggungjawabnya. macam tu juga dengan mr ajai. kalo dulu bangun pagi mr ajai  siap- siap nak g kerja ada masa berlari- lari sebab takut lewat masuk.. skunk x da.. bangun pagi x pergi kerja tapi bekerja depan lap top.. he2.. sometime rasa hepi gilos.. bersyukur dengan masa dan ruang yang ada dapat menulis  n membaca.. sebenarnya masa macam ni la mr ajai perlu manfaatkan dan bukan tido membesarkan badan.. hari ni kalo alls nak tau dah hari ke tiga mr ajai begelar blogger x bertauliah n penjual online sambilan..
   semalam lain hal plak.. dua hari terpaksa hangin sebab ada cusstomer buat bodo x nak bayar barang yang dah amik.. dekat sebulan text n dia bgtau duit dah bank in..tapi resit tak bagi2..sebenarnya memang xde pun.  kalo dah jadi peniaga online ni.. memerlukan tahap kesabaran kan?

     mr ajai hari ni x nak citer banyak.. dengan keadaan blogg yang still lintang n pukang.. tapi pic header tu cantik x?? ha2.. tu pic mr ajai bebarapa hari sebelum bergelar staff hospital kuantan medical center! ha2... kenangan yang mr ajai x kan lupa sampai bila2.. eh sure after diz lagi banyak photo2 santik n menarik mr ajai akan share ngan u alls keh.. see u next episod..

Sabtu, 21 Jun 2014

blogg dengan url baru- biar betik? tukar lagi-

gila pe bila tukar url bukan senang spider atau dalam erti kata lain enjin carian nak mencari info- info yang x penting yang mr ajai pernah tulis. hu? korang tau kije gila ni dah 4 kali mr ajai buat.. dulu vivsitor blogg mr ajai cecah 1k tau. tapi ada beberapa reason  yang memaksa juga mr ajai tukar. lepas ni x nak tukar dah.. confrim.. sebab ni dah jadi sepenuh masa punya blogger.. x tau la dah berhenti ni nak merepek apa plak kan?

so dari pagi tadi menhadap ke lap top sampai dah nak isyak ni.. banyak lagi benda nak di buat.. satu- satu.. tapi seronok plus enjoy- sebab ada kepuasan dalam diri.. x terikat dengan masa n yang paling penting mr ajai bahagia!



x nak tukar url dah..!! promise- nanti xde readers plak

sesi mengemaskini blogg

nah_ lama gila mr ajai x buka blogg.. agak2 macam dah bertahun kot... hu2.. insyALLAH lepas ni rasanya rajin la kot mr ajai duk pos.. kenapa?? after diz mr ajai dah pun buat full time biss online ni.. so selain mr ajai memeberi pandangan peribadi makin dekt la hati mr ajai kat u alls kan> btway.. tq so much sebab banyak sangat bagi support.. di sebabkan mr ajai tak de masa nak spend kat alls..mr ajai mengambil tindakan berani mati dengan berhenti kerja.. serius? ya.. wait n see me lagi2 perubahan blogg mr ajai ni ya.. bye alls..

Rabu, 21 Mei 2014

Tea tree oil merawat masalah jerawat

Morning semua ..alhamdulillah.. Mr ajai rasa hepi sebb mostly cuss mr ajai dah dpt skin cantik, bersih, bebas jerawat dan yang paling penting keyakinan diri makin bertambah.. Berkaitan dengan masalah kulit berjerawat biasanya mr ajai galakkan guna tea tree oil sebagai facial cleanser. Minyak tea tree sebenarnya bnyk di uji dalam bidang kosmetik dan pharmacy secara meluas  . tea tree oil mulit- benefit dengan bertindak utk control skin oiliness yg menjadi punca liang pores tersumbat, antiseptic function, grime dan banyak lagi. X kesah lah brand apa pun, murah ke mahal ke..jnji ingrdnt dia tea tree oil ye.. Last wik mr ajai sempat p borong kejap sebab ramai cuss minta tolong carikan.  So tea tree oil dr cosmodem ni salah satu facial cleanser yg bgs if alls ada acne problem dan kulit berminyak.. Facial cleanser dr cosmoderm ni Di extract dengan vit e 200i.u.  bersaiz 125ml. Mana nak dpt benda ni? Ok alls boleh try cari kat gurdian,watson, farmasi shop ke atau any outlet yg jual kosmetik produk k.. Selamat mencuba.

Ahad, 2 Februari 2014

morning

      today masuk office jam 7 pagi...bangun lambat jam 6.20pagi... tapi sempat thumb print.. awal2 pagi my sis call n sembang2 pasal perjalnan diorng p kelantan. memang best sgt dengar..lagi2 pasal makan yang katanya murah n marvelous. jai bila g dapat g?  ha2.. tah la.satu2 nya negeri kat semenanjung yang x pernah jejak lagi.. dalam 2, 3 tahun after arwah xde moody tul nak jalan ke mana2... rasa still ingat dia.. ha2.. da2.. jangn moody k pagi2 ni... semlam jai off. satu hari duk umah.. xbuat pe pun abiskan masa satu ari tu ngan ngemas rumah yang x abis2.. wan bilik sebelah dah kuar.. dia dapat pharmacist kat tg.gemok kampung jai.. wah.. bestnya.. jelesus.. rezeki dia kan.. 

        memandangkan ari  ni xbusy..kije semua da siap.. sempat la aku jengah2 blogg fatin liyana.. ha2. sius? saje suka.. then buka blog2 aku sampil baca apa yang patutu.. ok la readers jai memang x leh lama2.. saje jengah jap.. jai harap alls sehat walafiat sambil terus cantik plus cute mute.. ha2.. 

Jumaat, 17 Januari 2014

happy new year 2014

                 Assalam...lama betul ajai x update blogg kan?? selamat tahun baru 2014.. terlambat ke?? x pe la, janji wish kat korang semua... jai busy tul la skunk.. hu2... memang seriuosly rindu nak berblogg macam dulu. tapi kengkangan masa dan lap top yang rosak tu.. now seriously jai da sibuk  ngan jual produk2 kesihatan.. activ.alhamdulillah.. memang ajai dari dulu cita-cita nak buka retail farmasi.. tapi minat jai skunk dah beraleh kepada jamu2 plak.. ha2.. nampak  gaya kena sambung belajar dalam bidang homeopathy..insyALLAH.. pray for me ya..
             
                   tahun ni of course la dengan azam baru.. dan cita2 jai untuk tahun ni nak memiliki sebuah kedai jamu sendiri bukan dari rumah lagi.. meniaga sebahagian dari sunnah. selaian dapt berkenalan dapat juga berbakti. tu bagi jai la... tapi sepanjang 2 tahun jai menceburi bidang perniagaan ni macam2 dugaan yang jai terima.. da adat nama pun meniaga.. jai x fokus alls nak beli barang jai je. tapi suh sehat dan dapat share yang mana jai tahu.. kalo rasa nak beli kat retails farmasi , nak suggest supplement yang mana ok.. no hal..

               jai macam manusia bisa juga, adakalanya x berkesempatan nak reply semua message dalam masa yang sama. lagi2 yang nak berborak ngan jai.. hu2.. so seriously lagi suka kalo alls call terus.. ( bukan waktu office hour).


** miss dengan blogg ni
** wishing alls dengan harapan tercapai cita2 diz year